JOM USRAH

JOM USRAH

Islamic Clock

Ana Muslim

Masih Kah Kau Ingat

Waktu Solat

Ahlan Wa Sahlan

Sabtu, 31 Oktober 2009

18 bulan Pakatan tadbir P. Pinang dengan jayanya
Dzulfikar Mashoor Sat Oct 31, 09 5:01:16 pm MYT

IPOH, 31 Okt: Walaupun baru 18 tahun memerintah kerajaan Pulau Pinang, Pakatan Rakyat berjaya melakukan pelbagai perubahan.
Iklan

Ianya termasuk menangani kemiskinan tegar rakyat yang gagal diselesaikan sejak 51 tahun Umno memerintah kerajaan negeri itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pagi tadi menjelaskan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat telahpun melaksanakan insentif RM500 kepada setiap keluarga miskin di negeri itu.
"Umno perintah Pulau Pinang 51 tahun dengan dasar pecah (dan) perintah...mereka gagal selesaikan isu kemiskinan tegar. Kita perintah, kita pastikan setiap keluarga miskin tegar dapat RM500," tegas.

Ujarnya, Umno dan BN memperlekah dasar itu akan kerana ia akan menjadikan kerajaan bankrup.
"Mereka kata kerajaan kita akan bankrup kalau terus beri duit kepada rakyat. Kalau beri rasuah kepada mereka tak apa. Inilah dasar Umno," jelasnya lagi.
Ketika membentangkan kertas kerja Pengalaman Pulau Pinang: Perpaduan Kaum dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Perak, Guan Eng juga menjelaskan bahawa kerajaan negerinya mengamalkan prinsip ketuanan rakyat.

"Saya lebih suka guna perpaduan rakyat dari guna perpaduan kaum seperti Umno...kerana perpaduan kaum akan menjadikan semua kaum lebih mementingkan (dari) nilai Malaysia," tegas.
Beliau juga menjelaskan bahawa kerajaan Pulau Pinang membangunkan prasarana wireless secara percuma agar rakyat diperkasa dengan maklumat.
Tambahnya lagi, kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang juga melaksanakan beberapa dasar kebajikan untuk kepentingan rakyat.

"Di Pulau Pinang beri elaun kepada Huffaz (penghafal al-Quran)...iktiraf lebih 100 Huffaz dengan beri sijil dan elaun tertentu kerana mereka penting untuk jaga rakyat."
"Kita (kerajaan negeri) jalankan skim pinjaman mikro kredit Islam kepada ibu-ibu tunggal."
Beliau yang juga Setiausaha Agong DAP menegaskan kerajaan boleh melaksanakan kebajikan kepada rakyat kerana kerajaan negeri mengamalkan penjimatan, ketelusan dan amanah.
"Kerajaan juga boleh kongsi kekayaan dengan rakyat kerana kerajaan dapat jimat RM38 juta...12 peratus...kita tak kebas (curi), kita bagi pada rakyat."
"Kita laksana tender terbula dengan e-tender. Kalau dulu (Umno) guna kabel politik, kita (Pakatan) guna kabel komputer secara adil dan amanah."

Beliau juga menjelaskan bahawa Pulau Pinang merupakan kerajaan negeri pertama mendapat pengiktirafan dari Agensi Transperansi Antarabangsa (TI). _

Ahad, 18 Oktober 2009

Inilah Alamat Rumah Ari




Cikgu Marzuki


Program Ziarah Rumah Ari - Di Kulim-Erat Silatulrahim






Ari , Saya dan kawan-kawan dari PAS Cawangan Bandar Perda mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menjadikan kami tetamu . Insya Allah dengan kehadiran kami selain mengenal tempat tinggal , juga boleh beramah mesera dan mengeratkan lagi wukuah antara kita .

Selasa, 13 Oktober 2009

WIRA-WIRA PERDA DI BAGAN PINANG






CORET-CORET BAGAN PINANG 1


Yaasin pun turut berkempen untuk PAS


OKU tidak ketinggalan dengar ceramah dalam lautan manusia

Lautan manusia yang hadir

Rombongan kami sempat bergambar dengan YB Us Firdus Jaafar -P / Jerai

Sabtu, 10 Oktober 2009

Us Khalid memberi Taklimat untuk bertugas


Us Khalid Man memberi taklimat Gerakerja semasa kami berada di Bagan Pinang .


Rosli sedang mendengar taklimat dengan penuh tekun

Apa sudah jadi dengan Fadzil

Kamal Seraji jangan baca Yaasin dekat Fadzil pula , dia keletihan


Abang Azmi senum kambing pulak

PAS CAWANGAN BANDAR PERDA DI BAGAN PINANG


Pas Cawangan Bandar Perda pergi ke Bagan Pinang sebanyak 3 kereta . Kumpulan Pertama diketuai oleh Hj Asre , Hj Yahya , Darma , Azmi sate , Saad Yob dan Ali Akbar Mubarak Ali


Ali Akbar Mubarak Ali menjamu selera di R N R Kuala Kangsar



Kami sampai di markaz Induk Pada Jam 12.00 malam

Isnin, 5 Oktober 2009

PRK BAGAN PINANG

Pemerhati politik menjangkakan BN akan menang tipis di bawah 1000 undi pada Pilihanraya Kecil Bagan Pinang.
Ini berdasarkan andaian bahawa BN mendapatkan kira-kira 3,200 undi pos manakala PAS hanya mendapat 1,00o undi pos. 400 undi pos lagi tidak di'buang' oleh pengundi.
Statistik
Jumlah keseluruhan pengundi = 13664
Jumlah undi pos = 4604 undi
Jumlah pengundi bukan Melayu = 4332
Jumlah pengundi Melayu bukan undi pos = 4728
(Andaian yang dibuat pengundi lain-lain bangsa diandaikan sebagai pengundi Melayu bukan undi pos.)
PAS dikatakan akan mendapat 75 % sokongan pengundi bukan Melayu yang berjumlah 4,332 undi. Dengan andaian peratusan keluar mengundi adalah 75 % maka PAS akan mendapat
1) 75 % X 75 % X 4332 = 2436 undi bukan Melayu.
2) 40 % X 75 % X 4728 = 1418 undi Melayu (Selain dari undi pos)
3) 1,100 undi pos.
Jumlah semua PAS = 4954 undi.
Jumlah keseluruhan keluar = 75 % X 13664 = 10248 undi.
Jumlah BN = 10248 - 4954 undi = 5,294 undi.
Jadi BN menang dengan majoriti = 340 undi.
Ini adalah keadaan sekarang. PAS perlu meningkatkan gerakerja mendekati pengundi melayu untuk mendapat 5 % pengundi lagi, memastikan tiada penipuan undi pos serta meningkatkan sokongan pengundi bukan Melayu kepada 80 %.

PAS CAWANGAN BANDAR PERDA AKAN BERTOLAK PADA JUMAAT , SABTU & AHAD

Ahad, 4 Oktober 2009

Majlis Rumah Terbuka -Pas Cawangan Bandar Perda - Pemereksaan Perbutan Percuma






Pemereksaan kesihatan ini telah dilakukan oleh Kolej Perubatan Swasta - mereka ini datang memberi khidmat perubatan secara percuma . Mereka memeriksa tekanan darah , kencing manis , demam dan lain-lain lagi.

Juadah Yang Di pertandingkan semasa Program Rumah Terbuka - Pas Cawangan Bandar Perda






Untuk mengwujudkan semangat kerjasama berpasukan dalam menyediakan makanan di Majlis Rumah terbuka Aidil Fitri Pas Cawangan Bandar Perda . Pihak AJK telah membuat pertandingan masakan terbaik , rasa yang enak , persembahan susun atur yang menarik .

Hadiah pertama , kedua dan ketiga . Semua Menu dibuat secara gotong-royong .

Menu-menu seperti Nasi Dalca , Ketupat Jawi dengan kuah kacang , ketupat pulut dengan serondeng , bihun singapore , laksa buyong , kuih raya , buah-buahan dan air tembikai susu dan asam boy .
Zulkifli Samad mendapat tempat ke tiga iaitu Air Asam boi dan tembikai susu
Kumpulan Nasi Dalca mendapat tempat Ke dua daripada Permatang Batu
Johan telah disandang oleh Kumpulan Blok F Menu ketupat Pulut dengan Serondeng Daging.
Semua hadiah telah disempurnakan oleh Pengerusi JKKK - Saudara Jalil Che Ros

Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri -Pas Cawangan Bandar Perda bersama Warga Emas Permatang Batu





Permatang Batu 4hb.Okt 2009 Majlis Rumah terbuka Pas Cawangan Bandar Perda bersama Warga Emas Permatang Batu.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails