JOM USRAH

JOM USRAH

Islamic Clock

Ana Muslim

Masih Kah Kau Ingat

Waktu Solat

Ahlan Wa Sahlan

Sabtu, 22 Ogos 2009

PESANAN TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT -KEPADA PENGUNDI PTG PASIR

N11 Permatang Pasir : Pesanan Tok Guru
“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan (mengikhlaskan) ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama dengan lurus.”(Sebahagian dari Ayat 5 :Surah Al Bayyinah)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh
Tuan/Puan bakal-bakal pengundi sekalian,
Alhamdulillah. Menjelang 1 Ramadhan 1430, genaplah 8 warkah rayuan pengundi yang telah saya tulis dan tandatangani. Entah apalah rahsia yang tersimpan dalam lipatan perbendaharaan ilmu Allah yang Maha Luas itu sehingga berlaku 8 pilihan raya kecil sejak Pilihan Raya Umum Ke-12, tiada siapa jua yang mampu menekanya. Apa yang hanya boleh kita baca dari 7 pilihan raya kecil yang telah berlalu, parti yang bertanding dari Pakatan Rakyat (PR) telah menang sebanyak 6 kali berturut-turut. BN cuma menang 1 kali; itupun di Batang Ai,Serawak. Ini realiti dan ini kenyataan.
Pada kali ini Kerusi Permatang Pasir menjemput kita sekali lagi untuk turun ke gelanggang. Walaupun dengan penuh berat, kita terpaksa melepaskan Allahyarham Dato’ Hamdan kita untuk kembali menemuiNya. Bagi kita yang hidup, tuntutan sambungan jihad demi sebuah tanggungjawab wajib diteruskan. Sudah 3 penggal calon kita bersusah payah untuk mengangkat Islam dan sudah 15 tahun rakyat di Permatang Pasir memperbaharui kepercayaan agar PAS terus menerajui kerusi Dewan Undangan di Permatang Pasir ini.
Jika dibaca nilai istiqamah pengundi di sini di masa-masa lalu, ia jelas menunjukkan betapa tingginya iltizam, kenyakinan dan komitmen mereka. Walaupun mereka tentu boleh faham bahawa apalah sangat memberi kemenangan kepada PAS di kerusi ini dari segi memerintah negeri, namun pada saya, majoriti yang diraih Allahyarham pada 8 Mac 2008, melebihi 5,000 undi adalah teramat mahal. Bagi pengundi Islam tanpa mengira bangsa, mereka tentu ingin merakamkan sokongan mereka kepada sebuah gerakan Islam yang membawa perjuangan Islam syamil yang sebenar. Mereka tidak sanggup memangkah parti Umno yang mengamalkan Islam dari klon sekular; agama suku dan politik suku. Mana boleh diasingkan iman dengan Islam dan Islam dengan politik? Islam jenis sekular yang diperjuangkan oleh Umno inilah yang saya namakan sebagai Islam palsu. Sebagaimana adanya wang palsu, rambut palsu atau kad pengenalan palsu; begitu jugalah dengan Islam palsu. Benda palsu; nampak macam sebenar tetapi ia tetap tidak asli. Bagi yang ahli, dia akan tetap tahu membezakan antara bunga hidup dengan bunga plastik. Dengan keadaan tidak tulin itulah timbulnya keraguan. Soalnya bolehkah yang diragu-ragu (syak) itu dibawa untuk mendapatkan anugerah Syurga Allah di akhirat kelak? Saya bercakap dari sudut aqidah dan kaedah. Jika buat begini ia boleh jadi begini. Jika tidak sempurna wudhu’, amalan sembahyang tidak diterima. Jika tolak Islam dari Allah, maka dengan apa nak digantikan? Ini bukan soal saya mendahului Tuhan atau lebih tahu dari Tuhan. Ini soal kaedah. Saya percaya, para pengundi Islam di DUN Permatang Pasir boleh dengan mudah memahami persoalan ini.
Manakala bagi pengundi bukan Islam pula pada umumnya, saya seakan boleh menyelami keresahan yang sedang bergolak di hati saudara saudari sekelian. Di sana ada tuduhan rasuah berjumlah RM10 juta yang katanya melibatkan pemimpin MCA. Di sana juga ada kes kematian misteri seorang anak muda bernama Teoh Beng Hock sewaktu berada di dalam siasatan (custody) SPRM. Di sana juga ada kes kematian Kugan sewaktu berada di dalam tahanan polis. Dengan insiden stadium runtuh dan gelanggang akuatik yang tidak selamat di Terengganu, keretakan yang berlaku di lebuh raya MRR2 serta LDP dan skandal di PKFZ Pelabuhan Klang yang bernilai berbilion ringgit, ramai pemimpin Umno yang kena gantung dan disabitkan kesalahan mengamalkan politik wang termasuklah Ketua Menteri Melaka yang masih ada sekarang, buruknya layanan ke atas rakyat yang berhimpun secara aman untuk mengangkat nota bantahan ISA kepada DYMM Yang Dipertuan Agung, cederanya Sdr. Wong dan Gobalakrishnan di tangan SPRM dan Polis – pengamal undang-undang, para pencinta demokrasi dan pejuang hak asasi tidak mempunyai lain-lain harapan pemulihan untuk negara kita. Apa yang ada hanya satu sahaja iaitu mengekalkan kerusi yang sudah dikuasai oleh PR dan dapatkan sebanyak mungkin kerusi-kerusi tambahan dari Umno/BN jika berlaku lagi pilihan raya kecil. Ini adalah langkah persiapan untuk mengambil alih kerusi, kemudi di Putrajaya tidak lama lagi. Hanya melalui cara ini sahaja Malaysia akan memperkukuhkan sistem dua parti yang boleh menyemak Institusi Kehakiman, pelaksanaan “rule of law” dan perjalanan demokrasi. Melalui laluan baru inilah, Malaysia akan menjalani proses tajdid, transformasi dan reformasinya yang sebenar. InsyaAllah, ini akan berlaku tidak lama lagi.
Melihatkan trend sokongan non-muslim kepada calon Parti Islam SeMalaysia dan PR, khususnya di Parlimen Permatang Pauh yang telah memenangkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan di Parlimen Bukit Gantang yang telah memenangkan Dato’ Seri Nizar Jamaludin baru empat lima bulan yang lalu, saya cukup mempunyai keyakinan. Mari kita sama-sama perbesarkan majoriti kita di DUN N11 ini agar menjadi kekal, tidak kurang dari 5,000 undi, sekurang-kurangnya untuk ujian pada 25 Ogos 2009. Tinggalkan Umno dengan syurga politik wangnya. Mari kita terus istiqamah untuk tetap berada di tengah-tengah gelora kesedaran rakyat demi menafikan Umno/BN yang sudah laih dan kehilangan stamina mulai sekarang.
Jangan tertipu lagi untuk percayakan slogan-slogan baru yang dikitar semula. Dulu Islam Hadhari. Kini One Malaysia pula. Esok entah apa pulalah. Umno ni nak jadi apa, entahlah. Nak kata udang pun tidak. Ikan pun bukan. Ingatlah pesan pepatah Melayu: Jika sudah kepalanya ular, mustahil ekornya belut.
Akhir kata, gunakanlah kesempatan membuang undi pada kali ini dengan penuh cermat. Walaupun kita berpuasa dan kemungkinan kita boleh jadi letih tetapi tidakkah Peperangan Badar yang berlaku dalam bulan Ramadhan itu pernah membawa kemenangan yang besar? Tiada perbuatan yang lebih mulia pada hari mengundi di bulan Ramadhan pada kali ini melainkan memangkah parti yang boleh membela maaruf dan kebaikan; sekaligus menolak kemungkaran, rasuah, kezaliman dan ketidak adilan. Undilah Sdr. Saleh bin Man. Undilah PAS dan PR demi keadilan Islam.
“Ya Allah, saksikanlah. Hamba sesungguhnya sudah menyampaikan.”
NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MATMursyidul Am PASMerangkap Menteri Besar KelantanTanggal : 1 Ramadhan 1430 / 22 Ogos 2009.

Jumaat, 21 Ogos 2009

HARI PELANCARAN GERAKERJA UPU PTG TENGAH - BAGI NEGERI TRENGGANU

Blogger bergambar dengan Tuan Guru Abdul Hadi Awang di rumah Sanusi Ismail
Sanusi merupakan Ketua UPU Ptg Tengah , mengambil peluang beramah mesera dengan Tuan Guru.

Us Rosidi Hussin TPJ 3 memberi penerangan sesuatu yang serius kepada Tuan Guru



Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberi kata-kata semangat kepada semua petugas-petugas Trengganu dan UPU Ptg Tengah .


Jumaat, 14 Ogos 2009

SUASANA MALAM PENGHISTIHARAN CALON

















KUALA LUMPUR, 14 Ogos - Calon PAS yang akan bertanding pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir akan diumumkan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang di Permatang Pasir esok. Di Bengkel Memperkasakan Pakatan Rakyat di Tropicana Golf Resort semalam, Abdul Hadi menyifatkan pilihanraya kecil itu merupakan satu simbol yang sangat menarik untuk Pakatan Rakyat."Satu simbol yang sangat menarik untuk Pakatan Rakyat sebab, pertama yang bertanding ialah PAS, DUN tersebut pula dibawah Parlimen Permatang Pauh dan negeri ini pula dibawah jajahan DAP. Sebab itu saya kata pilihanraya ini sangat menarik," jelas beliau.Ketika ditanya mengenai ciri-ciri calon yang menjadi pilihan PAS, beliau sekadar menjawab, "Nama calon sudah dalam poket saya. Malam esok saya akan umumkan siapa calonnya".Sementara itu, dalam majlis yang sama, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan PKR akan memberikan sokongan penuh kepada wakil PAS yang akan mewakili Pakatan Rakyat pada pilihanraya kecil kali ini."Pada peringkat ini kita ingin jelaskan bahawa jentera Parti Keadilan Rakyat dan kebetulan Permatang Pasir dibawah Permatang Pauh. Kita akan berikan sokongan padu dan saksama, " ujar Datuk Seri Anwar turut menyatakan kehilangan besar Allahyarham Datuk Hamdan yang merupakan seorang wakil rakyat yang baik.Pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, wakil PAS Datuk Hamdan Abdul Rahman yang mendapat serangan jantung 31 Julai lalu

Ahad, 9 Ogos 2009

AMAL JAMA'I

'Amal jama'i adalah merupakan satu tuntutan harakah yang panduannya disebut di dalam Al-Quran yang bermaksud:''Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.'' (Al-Saff: 4)Di dalam hadith, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:''Diriwayatkan daripada Huzaifah bin al-Yamani r.a. katanya:''Manusia sering bertanya kepada Rasulullah s.a.w. mengenai amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat kerana aku takut ia akan menimpa diriku, lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan (kebenaran), adakah selepas kebenaran ini akan berlaku pula kejahatan? Rasulullah menjawab: Ya. Aku bertanya lagi: Adakah akan berlaku pula kebaikan selepas kejahatan itu? Rasulullah menjawab: Ya, tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan. Aku bertanya apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu? Rasulullah menjawab dengan bersabda: Iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mengikut selain dari jalanku, di antara mereka itu ada yang kamu kenali dan ada yang kamu tidak mengenalinya. Aku bertanya lagi: Adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu? Rasulullah menjawab: Ya, ketika itu ada orang-orang yang menyeru atau mengajak manusia ke Neraka Jahannam, sesiapa yang menyahut ajakan mereka, maka orang itu akan dicampakkan ke dalam Neraka itu. Aku berkata lagi: Wahai Rasulullah! Sifatkan mereka kepada kami. Rasulullah menjawab: Baiklah, mereka adalah sebangsa dengan kita dan berbahasa seperti bahasa kita. Aku bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pendapatmu sekiranya aku masih hidup lagi ketika itu? Rasullullah menjawab denga bersabda: Kamu hendaklah bersama dengan jamaah Islam dan pemimpin mereka. Aku bertanya lagi: Bagaimana sekiranya ketika itu umat Islam tidak mempunyai jamaah (kesatuan) juga tidak ada pemimpin? Rasulullah menjawab lagi dengan bersabda: Kamu hendaklah memencilkan diri kamu dari kumpulan mereka walaupun kamu terpaksa memakan akar-akar kayu dan tinggallah kamu di sana sehingga kamu mati dalam keadaan yang demikian.''Saidina Umar al-Khattab juga ada menyebut yang bermaksud:''Tidak wujud Islam tanpa jamaah dan jamaah pula tidak akan wujud tanpa kepimpinan dan tidak wujud pula kepimpinan tanpa ketaatan.'' Pas Cawangan Bandar Perda ingin membawa konsep ini dalam Jemaah
Kami membuat satu projek Menyediakan Makanan untukKem Motivasi . Seramai 240 orang pelajar .

Kami membuat kerja dengan secara gotong royong sebagai satu pasukan .




Projek ini bukanlah satu yang senang , memerlukan komid yang tinggi .


Kita telah menyediakan satu projek yang menjanjikan sesuatu yang terbaik .




Persiapan untuk menyediakan projek ini dengan tidak ada pengalaman , namun cabaran dan rintangan diharung bersama .



Sahabat-sahabat walaupun kamu letih , tak larat , tak bermaya dan lainya . Namun Konsep Amal Jama'i dapat memperkuatkan ikatan persaudaraan .
Terima kasih kepada penyediaan makanan kepada semua petugas-petugas dalam projek Dana Cawangan Pas Bandar Perda .





Selasa, 4 Ogos 2009

SIAPA YANG LAYAK MENJADI CALON DUN PERMATANG PASIR ?

Mat Sabu bertanding di Pmtg Pasir?

Selepas dua kali pilihanraya kecil melibatkan PAS di Semenanjung, nama Mohamad Sabu sekali lagi disebut-sebut untuk mewakili parti pada pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.Selain penceramah politik popular itu, yang juga timbalan pesuruhjaya II PAS Pulau Pinang, nama pesuruhjaya PAS Salleh Man juga muncul.Pilihanraya kecil DUN itu akan diputusan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat susulan kematian penyandangnya Datuk Hamdan Abdul Rahman akibat sakit jantung, Jumaat lalu.Ketika dihubungi Malaysiakini, Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Omar Hassan berkata, suara akar umbi PAS umumnya mahu Salleh atau Mohamad bertanding sebagai calon PAS.Tambahnya, selain dua tokoh pemimpin tersebut, PAS kawasan juga mempunyai beberapa lagi calon berpotensi untuk mewakili parti itu."Calon yang mesra rakyat, yang turun dalam program bersama rakyat," katanya, menjelaskan ciri-ciri calon yang akan dipertaruhkan oleh parti itu.Permatang Pasir antara tiga DU dalam parlimen Permatang Pauh yang diwakili oleh ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.Sebelum ini, nama Mohamad turut disebut-sebut menjelang berlangsungnya dua pilihanraya kecil Kuala Terengganu, Januari lalu dan Bukit Gantang, April lepas.MalaysiaKini/-

WIRA BANDAR PERDA - BANTAH ISA
















WIRA BANDAR PERDA -DEMO BANTAH ISA











Sabtu, 1 Ogos 2009

SUMBANGAN SEGERA

Posted by PicasaDerma kilat Pemuda PAS Kawasan Bukit Mertajam diperlukan segara sebanyak
RM 10,000.00 untuk pembaiayaan pembedahan rawatan Saudara Razak dan Saudara Wahab yang kritikal di hospital Sungai Buluh . Minta tindakan segera , kemungkinan besar sekira tidak dibuat pembedahan dalam masa yang terdekat Saudara Razak akan menjadi lumpuh itu adalah maklumat daripada doktor yang merawat beliau . Mereka adalah Unit Amal B.Mertajam untuk bertugas di ISA . Marilah kita memberi sumbangan kadar segera ke akaun Pemuda BIMB- 07016010059732 dan kita doakan mereka selamat .

PULAU PINANG, 1 Ogos (Hrkh)- Dua orang anggota Unit Amal Pulau Pinang berada dalam kritikal dan enam lagi cedera ringgan di Hospital Sungai Buluh apabila bas ekspres Konsotium terbabas dan terbalik berdekatan Bukit Beruntung pukul 4.00 pagi tadi.
Iklan




Pengarah Unit Amal Pulau Pinang, Norazman Ishak ketika dihubungi berkata, seramai 20 orang anggota Unit Amal menaiki bas berkenaan dari Alma Jaya, Bukit Mertajam menuju ke Kuala Lumpur untuk menghadiri program Mansuhkan ISA anjuran Gerakan Mansuh ISA (GMI) yang akan bermula pagi ini.
Menurut beliau, dua anggota Unit Amal yang masih di bilik kecemasan itu ialah Saudara Abdul Wahab dan Abdul Razak Jaafar.
"Saya harap semuanya bersabar dan berdoa agar kesihatan mereka stabil semula. Manakala saudara mara mereka jangan bimbang kerana kami ada di sisi mereka, " ujarnya.
Jelasnya lagi, kehadiran Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Mertajam, Mohd Saad Ahmad di hospital berkenaan pagi tadi sedikit sebanyak memberikan semangat dan menggangap trajedi itu sebagai satu cubaan untuk menilai ketahanan jjiwa.
Sementara itu seorang mangsa, Zawawi Yahya menceritakan, kebanyakan penumpang tertidur ketika kejadian tersebut.
Ujar beliau yang cedera di lutut, siku, paha dan tengkok sebelum terbalik bas terhoyong hayang kemudian melanggar penghadang jalan dan terbalik. Manakala pemandu bas sempat terjun dan melarikan diri.
"Rakan saya memberitahu sebelum terbalik bas terhoyong hayang dan melanggari penghadang jalan kemudian terbalik, " katanya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails