JOM USRAH

JOM USRAH

Islamic Clock

Ana Muslim

Masih Kah Kau Ingat

Waktu Solat

Ahlan Wa Sahlan

Isnin, 20 Julai 2009

MAKAN DURIAN DI TAMAN PAUH











PERMATANG PAUH, 19 July :- Isu mengenai kehilangan nyawa Teoh Beng Hock adalah bukan isu agama, bangsa dan mana-mana parti politik, ia melangkaui segalanya kerana melibat suatu keadilan kepada nyawa manusia yang menjadi anugerah Allah SWThilang secara misteri. Kerana itu gelombang untuk menunjukkan rasa tidak puas hari walaupun tidak sehebat rakyat Indonesia berdemonstrasi dalam isu fitnah Manohara kepada kerabat Raja Kelantan, namun ia mestilah tersus digerakkan. Demikian antara ucapan ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim semasa merasmikan Karnival Makan Durian diPadang Permainan Kanak-kanak Taman Pauh Indah disini. Karnival yang julung-julung kali diadakan itu sepatutnya dirasmikan oleh AJK PAS Pusat, Tn. Hj. Mohd Sabu, namun kerana beliau mempunyai urusan lebih penting di luar negara tempatnya diganti oleh Ketua Penerangan PAS Perak itu. Acara yang mendapat sambutan luarbiasa itu adalah anjuran PAS Kawasan Permatang Pauh dengan kerjasama PAS Cawangan Taman Pauh Indah dan Pasti taman yang sama. Setiap peserta yang ingin merasa buah durian berserta beberapa jenis buah-buahan seperti manggis dan rambutan cuma perlu membeli kupon berharga RM 5 sahaja dan mereka boleh memakan secara berkeluarga dengan bayaran semurah itu.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails