JOM USRAH

JOM USRAH

Islamic Clock

Ana Muslim

Masih Kah Kau Ingat

Waktu Solat

Ahlan Wa Sahlan

Jumaat, 18 Disember 2009

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH

Salam .. Du`at sekelian..

Saya mengambil kesempatan , melalui laman yang tak seberapa ini untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU MA`AL HIJRAH 1431, .. Semoga kita semua beroleh rahmat dan `Inayah sentiasa daripada Allah `Azzawajalla..

Pabila datang tahun baru hijrah... ia mengingatkan kita semua.. umur semakin bartambah.. muda menjadi tua.. kubur semakin menghampiri.. sakit senantiasa.. dekat dengan mati.. bacaan doa akhir tahun dan awal tahun baru.. puasa sunat awal tahun dan awal bulan.. sambutan program ma`al hijrah.. ceramah ma`al hijrah.. terkenang hijrah nabi saw..

Teringat sirah pengorbanan Nabi saw... bagaimana Mus`ab bin `Umair memimpin mereka yang telah berada di Madinah dengan iman yang mantap dan menerima kedatangan nabi saw.. bagaimana pengorbanan Ali ra..sanggup tidur di atas katil nabi..

Pabila datang tahun baru hijrah.. ia mengingatkan kita mengenai pengorbanan manusia.. gerak kerja secara Jamaie.. dakwah ilallah.. persaudaraan Islam.. perpaduan Ummah.. pengorbanan Ansar dan Muhajirin.. kaya menjadi miskin.. mewah tinggal sebatang kara.. materialistik tiada punya harga di atas dunia..

Ia juga mengingatkan kita semua mengenai azam dan cita-cita baru 1431 H.. Apa kata azam dan cita-cita kita untuk tahun ini ialah.. AKU NAK MATI DALAM ISLAM ....

Wassalam..

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails