JOM USRAH

JOM USRAH

Islamic Clock

Ana Muslim

Masih Kah Kau Ingat

Waktu Solat

Ahlan Wa Sahlan

Isnin, 29 Jun 2009

Majlis Penyerahan Buku Laporan Murid dan Penerangan Pencapaian Mereka













28 Jun 2009 Pasti Nurul Ilmi - Bandar Perda mengadakan majlis Penyerahan Buku Laporan dan Penerangan Pencapaian Murid sesi 2009 .

Boleh dikatakan hampir keseluruhan Ibubapa dan waris yang hadir . Program ini julung-julung kali diadakan . Tujuan majlis ini diadakan ialah kerana Pihak Pasti Nurul Ilmi , Bandar Perda ingin memastikan setiap waris mengatahui tahap pencapaian anak-anak mereka .

Disitulah kita akan mengambil beberapa langkah untuk mengatasi masalah pelajar yang kurang baik . Pada hari itu juga Ibubapa menunjukkan respon yang cukup baik .
Majlis itu bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada 12.30 tengahari .


Malaysia Sensasi: Gambar - Akibat Digigit Ular

Malaysia Sensasi: Gambar - Akibat Digigit Ular

Sabtu, 27 Jun 2009

CALON DUN MANEK URAI


DUN Manek Urai: Fauzi wakili PAS
.fullpost{display:inline;}
KUALA KRAI: PAS mengumumkan Fauzi Abdullah (gambar) sebagai calonnya bertanding bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan bulan depan.Fauzi, 50, yang merupakan pemborong ikan, juga adalah Bendahari PAS kawasan Kuala Krai.Pengumuman itu dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Kg. Manek Urai Lama, Manek Urai dekat sini sebentar tadi.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga hadir.Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai diadakan selepas penyandangnya, Ismail Yaakob dari PAS meninggal dunia pada 22 Mei lalu di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu akibat pelbagai komplikasi.Pada pilihan raya umum 2008, Ismail menewaskan calon BN, Zulkepli Omar dengan majoriti 1,352 undi.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihan raya kecil kawasan tersebut akan diadakan pada 14 Julai manakala penamaan calon 6 Julai.BN akan mengumumkan calonnya esok.

Selasa, 23 Jun 2009

AMALAN BULAN REJAB





1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1429/Isra Mi’raj (Rabu, 30 Julai 2008) akan mendapatpahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (4,5,6 Julai 2008) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allahswt..InsyaAllah
6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya.”

SAFF KEPIMPINAN PAS P.PINANG 2009-2011

Saf kepimpinan PAS P.Pinang 2009-2011

PULAU PINANG, 23 Jun : - Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man berharap perlantikan Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri sessi 2009-2011 semalam dapat mengali kemenangan pada pilihanraya umum akan datang.Kemenangan bagi PAS di negeri ini amat penting kerana satu kerusi yang di menangi oleh bekas Pesuruhjaya PAS Negeri, Mohd Hamdan Abdul Rahman di Dewan Undangan Negeri (Dun) Permatang Pasir tidak mencukupi.
"Kita perlukan kepimpinan yang dapat mengali kemenangan pada pilihanraya umum akan datang.Jadi, semuanya harus menyasarkan program ke arah itu di samping turun padang selalu, " kata Ustaz Saleh ketika dihubungi selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan di Pejabat PAS Negeri di Pongsu Seribu, Kepala Batas.Menurut beliau antara mereka yang dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya ialah Dr Mujahid Yusuf Rawa, Haji Mohamad Sabu dan seorang tokoh muda, Rosidi Hussain.Jawatan Setiausaha Perhubungan dikekalkan kepada Fazhil Kemi manakala Ustaz Taqiudin Hamzah diamanahkan sebagai Bendahari dan Ketua Penerangan PAS Negeri diserahkan pada bekas Setiausaha PAS Kawasan Kepala Batas, Zulkiply Ishak.AJK Tambahan ialah Mohd Hamdan Abdul Rahman, Halim Kader, Rosli Hasan, Bukhari Ghazali, Jamaludin Said dan dua orang muslimat yang belum dilantik.Pada mesyuarat ke dua nanti katanya, semua lajnah akan diberikan kepada individu yang difikirkan sesuai dan mampu membawa anjakan serta perubahan terhadap PAS selari dengan perkembangan terkini.Bukan itu sahaja malahan PAS Pulau Pinang juga mahukan persahabatan dengan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan DAP diperkemaskan dalam gagasan Pakatan Rakyat."Kita mahukan kemenangan maka kesatuan tenaga antara Pakatan Rakyat akan diperkemaskan. "Rakyat akan menilai sekiranya kita bergerak bersama bukanya berpecah dan mementingkan diri sendiri, " tegasnya. Harakahdaily/-

Isnin, 22 Jun 2009

Sambutan Hari Memperingati Aids Sedunia 2009




Program Sambutan Hari Memperingati Aids Sedunia 2009 Zon Utara . Telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama ( Dr ) Hj Abdul Rahman bin Hj Abbas . Turut hadir bersama Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Dr Mansor Othman

















































































































































































































































































































































































Sabtu, 20 Jun 2009

UNIT AMAL - MENYANYI LAGU RASMI

UNIT AMAL PULAU PINANG TURUN KE MASJID PERDA

US MAT TALIBAN
telah datang ke Masjid Perda
kerana memberi penerangan
berhubung dengan kegiatan Unit Amal
Pulau Pinang khususnya Unit Amal
Permatang Pauh



Barisan peserta remaja yang turut hadir seramai 80 orang remaja .
Barisan Unit Amal yang hadir
mereka dengan berpakaian Rasmi Unit Amal telah memberi semangat lagi kepada peserta yang hadir.




Ketua Unit Amal Negeri Saudara Norazman Ishak juga telah turun padang pada malam tersebut .
Baliau telah memberikan penerangan yang seluas-luasnya dengan pertunjukan maltimedia .





Beliau dengan begitu tekun dan bersemangat memperjelaskan aktiviti Unit Alam

UNIT AMAL BERSAMA REMAJA PERDA

Jumaat, 19 Jun 2009

Program Ezi Math Di Pasti Bandar Perda


Pasti Nurul Ilmi , Bandar Perda. Mengorak langkah dengan mempelbagaikan program pendidikan . Iaitu dengan memperkenalkan Program Ezi Math . Program ini memberikan Pelajar lebih cepat mengira dengan mengunakan jari jemari sahaja .
Pada masa ini telah mendapat seramai 30 orang pelajar . Setiap kelas dihadkan 15 orang sahaja .
Setelah 4 minggu belajar , kesemua pelajar dapat menguasainya dengan baik sekali .
Pregram ini kita rasakan dapat memudahkan para pelajar menghadapi peperiksaan mereka .
Sesaiapa yang ingin bersama dan berminat bolehlah menghubungi Hj Mohamad Asre b.Hj Jusoh 0195771926 .














Isnin, 15 Jun 2009

MENANGIS KERANA TAKUT KEPADA ALLAH

Menangislah Kerana Allahwww.iLuvislam.comsyauqahwardah1209editor:everjihad

BINGKISAN KHAS:
Buat mereka yang sering menangis kerana terluka dengan kekasihnya dan menangis kerana ditinggalkan oleh kekasihnya. Serta buat semua ummah yang pernah terlupa...
PERKARA: MENANGIS KERANA TAKUT KEPADA ALLAH
Firman Allah swt dari surah Al Maidah ayat 44 yang kira-kira maksudnya:
“Maka janganlah Engkau takut kepada manusia dan takutlah kepadaKu...”
Diceritakan, ada seorang lelaki yang jatuh hati kepada seorang wanita. Ketika wanita itu keluar untuk satu keperluannya, maka pergilah lelaki itu bersamanya. Sampailah mereka ke satu kampung yang sunyi di mana penghuninya telah pun tidur. Lalu, lelaki itu pun menyampaikan hasrat hatinya. Wanita itu menyahut, “Lihatlah samada orang-orang telah tidur semuanya?”
Lelaki itu memikirkan bahawa wanita itu bermaksud bahawa wanita itu bersetuju untuk menuruti kehendak hatinya. Dia pun mengelilingi kawasan itu untuk melihat samada semua orang telah tidur atau tidak. Setelah jelas bahawa semua orang-orang telah tertidur, segera dia menghampiri wanita tersebut seraya berkata, “Benar, semua orang telah pun tidur.”
Lalu, wanita tersebut bertanya; “Bagaimanakah pendapatmu dengan Allah? Apakah saat ini Dia juga telah tidur?”
Dan lelaki itu pun menjawab. “Sesungguhnya Allah tidak pernah tidur.”
Wanita itu pun berkata lagi. “Sesungguhnya Zat yang tidak pernah tidur akan melihat kita meskipun manusia sedang tidur lelap dan tidak melihat kita. Oleh kerananya Dia lebih berhak untuk ditakuti.”
Dengan segera lelaki itu meninggalkan wanita itu kerana dia takut kepada Allah. Dia telah pulang ke rumahnya dan bertaubat. Setelah dia meninggal dunia, ada orang telah bermimpi bertemu dengannya.
Lalu ditanya; “Apakah yang telah Allah lakukan kepadamu?”
Lelaki itu menjawab: “Allah telah mengampuniku kerana ketakutanku dan kerana aku meninggalkan dosa itu.”
Rasulullah saw bersabda:
“Ketika tubuh seorang hamba bergetar kerana takut kepada Allah, berguguranlah dosanya bagaikan dedaunan yang jatuh dari pohonnya.
“Sesungguhnya Allah berkata: Aku tidak mengumpulkan pada hambaKu dua ketakutan dan dua keamanan. Barangsiapa yang takut kepadaKu di dunia, Aku amankan dia di akhirat. Dan barangsiapa yang berasa aman dariKu di dunia, Aku akan takutkan dia di akhirat.”
Disebut dalam kitab Bidayatul Hidayah. Pada hari kiamat, didatangkan api yang bergemuruh. Hinggakan menggetarkan hati setiap ummah. Ketika mereka mendekatinya, gemuruh tersebut semakin kuat. Hingga terdengar dari jarak perjalanan 500 tahun. Setiap orang sampai para nabi berkata; “Nafsi-nafsi”(sendiri-sendiri). Kecuali Rasulullah saw yang sering kau lupakan. Baginda berkata, “Umatku-umatku.”
Kemudian, keluarlah api bagaikan gunung. Umat Muhammad saw berusaha untuk menolaknya sambil berkata; “Demi orang-orang yang bersolat, demi orang-orang yang siddiq, demi orang-orang yang khusyu’. Dan demi orang-orang yang berpuasa. Kembalilah engkau wahai api!”
Malangnya, api itu tidak juga kembali. Maka, berkatalah Jibril as: Sesungguhnya api hendak membakar umat Muhammad.” Lalu datanglah ia sambil membawa segelas air sambil berkata lagi: “ Ambillah air ini. Dan percikkan ke api itu!” Rasulullah saw melakukan perkara itu. Dan seketika itu, api itu pun padam.
Lalu, Nabi Muhammad saw bertanya: “Air apakah ini?” Jibril menjawab: “Itulah air mata umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah dan sekarang aku diperintahkan untuk memberikan air itu kepadamu supaya engkau memercikkannya kepada api sehingga padam dengan izin Allah”
Rasulullah saw seringkali berdoa: “Ya Allah, berilah aku rezeki dua mata yang menangis kerana takut kepada Engkau sebelum air mata ini habis.”
Barangsiapa yang ingin selamat daripada azab Allah serta mendapatkan pahala serta rahmatNya, hendaklah dia sabar atas kesulitan dunia, taat kepada Allah serta menjauhi maksiat. Dalam kitab Zahrir Riyadh, dirawikan dari Rasulullah saw, sesungguhnya baginda bersabda:
“Ketika masuk ahli syurga, mereka disambut oleh para malaikat dengan segala kebaikan dan kenikmatan. Dipersilakan untuk mereka singgahsana berpermaidani indah. Disajikan untuk mereka segala rupa makanan dan minuman yang lazat. Oleh itu, mereka menjadi kehairanan.”
Lantas Allah berfirman. “Wahai hamba-hambaKu mengapakah engkau hairan? Ini bukan tempat untuk merasa hairan.”
Dan mereka menjawab: “Janji untuk kami telah tiba waktunya.” Kemudian, Allah telah berfirman kepada malaikat: Bukakanlah hijab dari muka mereka. Malaikat menjawab: Ya Tuhanku, bagaimana mereka dapat melihat Engkau sedangkan mereka itu derhaka? Lalu Allah menjawab; “Sesungguhnya mereka telah berzikir, bersujud dan menangis di dunia kerana ingin bertemu denganKu.” Lalu malaikat pun membukakan tabir sehingga mereka dapat melihat. Maka, segera mereka bersujud kepada Allah.
Tetapi Allah berfirman: “Angkatlah kepalamu. Hari ini bukanlah hari untuk kamu semuanya rukuk dan sujud kepadaKu. Tetapi hari ini adalah hari pembalasan nikmat kepada kamu semua. Sesungguhnya wahai hamba-hambaKu, syurga bukanlah tempat untuk beribadat tetapi adalah tempat mulia untuk kamu merasakan nikmat dan kesenangan yang berkekalan.” Kemudian, mereka nampak Allah tanpa kaifiyah. Allah berfirman lagi: “Salam sejahtera bagi engkau hamba-hambaKu. Aku redha kepadamu. Apakah engkau redha kepadaKu?” Mereka menjawab: “Bagaimana kami tidak rela wahai Tuhan kami. Engkau telah memberi kami sesuatu yang belum pernah terlihat oleh mata, belum pernah terdengar oleh telinga, bahkan belum pernah terlintas dalam hati manusia.” Inilah yang dimaksudkan oleh Allah dalam Al Baiyinah ayat 8: Ertinya; “Allah rela kepada mereka dan mereka pun rela kepadaNya.”
Dan firman Allah dalam Yasin ayat 58 yang membawa makna: “... (Dan ucapan) perkataan selamat daripada Tuhan yang pengasih.” Dan Rasulullah saw telah bersabda: “Api neraka tidak akan menjilat orang yang pernah menangis kerana takut kerana Allah swt. Sehingga air susu kembali ke tempat asalnya.”
*Sumber: Terjemahan Mukasyafah Al Qulub tulisan Imam Al-Ghazali.
Buat mereka yang seringkali menangis demi perkara yang sia-sia; menangis kerana cinta manusia, menangis kerana membaca novel cinta, menangis menonton filem cinta yang semu. Cinta! Cinta! Cinta duniawi.
Istighfarlah! Sedarlah! Bangkitlah dari lenamu.
Buat mereka yang seringkali melupakan kekasih yang paling agung; Allah sedang menantimu di pintu taubatNya. Pulanglah padaNya... dan menangislah untukNya. Menangis untuk menangih cintaNya, menangis kerana memohon taubatNya, menangis kerana berdosa padaNya, menangis kerana takut padaNya. Kerana Allah swt telah berfirman:
“Janganlah kamu seperti orang-orang yang melupakan Allah...” (Al-Hasyr: 19)
Ingatlah, menangislah kerana Allah, kerana hanya Allah sahaja yang layak buat semua titisan air matamu...

Sabtu, 13 Jun 2009

Khamis, 11 Jun 2009

5 perkara penting

5 Rahsia PAS yang ahli kurang fahamPosted on Wednesday, June 10 @ 22:09:03 PDT by BudakJalanan Oleh: dewa"Apa perlunya isu Kerajaan Perpaduan disebut-sebut sehingga PKR dan DAP kurang selesa? Sebenarnya, ada sekurang-kurangnya 5 rahsia mengapa isu ini perlu disebut oleh PAS untuk kepentingan politik Islam.1. Kerusi PAS memang lebih sedikit dari PKR dan DAP tetapi itu bukan ukuran sokongan ke atas PAS sedikit. Sebaliknya, umum maklum bahawa PKR dan DAP mendapat kerusi sebegitu kerana sokongan ahli-ahli PAS juga dan strategi PAS yang tidak merebut kerusi yang banyak sewaktu PRU yang lalu.
TAPI, PAS perlu menjelaskan kepada DAP dan PKR bahawa PAS masih parti yang kuat dan bila-bila masa PAS mahu, PAS masih boleh keluar dari Pakatan dan menyertai BN (sekalipun PAS tidak bercadang buat begitu pada masa ini).2. Sekiranya PAS tidak menyebut langsung isu Kerajaan Perpaduan, parti lain khususnya DAP melalui Karpal Singh dikhuatiri membuat tuntutan yang bukan-bukan. Dengan menyebut isu Kerajaan Perpaduan, PAS mengingatkan PKR dan DAP bahawa PAS masih mempunyai alternatif lain seperti BN, sesuatu yang TIDAK ADA pada DAP dan PKR. DAP tidak boleh masuk BN kerana UMNO anti-DAP dan PKR juga tak boleh masuk BN kerana faktor Anwar. Isu ini menguntungkan PAS kerana DAP dan PKR harus faham kekuatan sebenar PAS.3. PAS bukan memperjuangkan parti, tapi MEMPERJUANGKAN ISLAM. Pada bila-bila masa PAS mendapati perjuangan untuk Islam lebih sesuai melalui saluran lain selain Pakatan, PAS berhak buat begitu. Perjuangan DAP dan PKR pun jelas bukan perjuangan politik Islam. UMNO sekurang-kurangnya semua ahlinya Islam. Yang membuatkan PAS menentang UMNO ialah dasarnya yang sekular, rasuah, suka tikam belakang dan suka menindas.4. PAS parti yang perlu amanah. Sekiranya PAS menafikan hak PAS untuk berbincang dengan parti lain, PAS tidak boleh lagi berbincang di masa depan dengan parti lain dan ini merugikan PAS. Sekiranya DAP dan PKR menegur PAS berikutan resolusi PAS mengharamkan SIS kerana 'kita patut berbincang', mengapa DAP dan PKR marah sangat bila PAS berbincang dengan parti politik lain.5. PAS perlu ada strategi jangka panjang. UMNO ditolak rata-rata rakyat kerana barisan kepimpinannya yang korup. Jika di masa depan UMNO ada barisan kepimpinan yang baik dan Islamik, tidak mustahil untuk PAS berbincang ketika itu. Sewaktu Anwar Ibrahim MASUK UMNO dahulu, kepimpinan PAS tidak pun mengkritik Anwar dengan teruk, cuma menegur secara mesra. Jadi, PKR dan DAP tak payahlah bimbang sangat dengan perbincangan PAS dan UMNO suatu ketika dahulu.Rasullullah berbincang dengan Yahudi dan kafir Quraish, apa sangatlah UMNO tu. Tapi kita ingat jua pesanan Nabi, jangan dipatuk 2 kali ditempat yang sama! UMNO ni suka mematuk jadi hati-hatilah...

Selasa, 9 Jun 2009

MUKTAMAR PAS KALI KE 55
















KISAH YANG PERLU DI BACA

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan.Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudiandigoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuatkajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya diaberkata di dalam hati, 'Hmm. Hari nak hujan.'' OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat' kata Professor itu.Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai... Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan...'Kamu dah lama kerja mendayung sampan?' Tanya Professor itu.'Hampir semur hidup saya.' Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas.'Seumur hidup kamu?' Tanya Professor itu lagi. 'Ya'.'Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?' Tanya Professor itu.Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itubertanya lagi, 'Kamu tahu geografi?'Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.'Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu.'Kata Professor itu lagi, 'Kamu tahu biologi?'Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.'Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?' Professor itu masih lagi bertanya...Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala.'Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu.Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan.' Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik.Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya,'Kamu tahu berenang?'Professor itu menggelengkan kepala.'Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu.' Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.Morale of the Story:Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan.Tak guna kalau kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup.Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi 'MASTER' dalam bidang yang diceburi.Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah ilmu yg dikumpulkan jika bukan untuk digunakan dan boleh digunakan?Hikmat Inspirasi:Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian.Usaha sempurna adalah kemenangan...
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 8:56 AM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails