JOM USRAH

Islamic Clock
Ana Muslim
Waktu Solat
Jumaat, 31 Julai 2009
Isnin, 27 Julai 2009
SUKANEKA PASTI NURUL ILMI , BANDAR PERDA
26HB. JULAI 2009 Ahad Pasti Nurul Ilmi Bandar Perda telah mengadakan sukaneka tahunan mereka bagi tahun 2009 . Mereka ada empat kumpulan iaitu Rumah Merah , Rumah Biru , Rumah Kuning dan Rumah Hijau . Sebelum memulakan majlis mereka membuat barisan tabit hormat kepada semua tetamu .
Dalam kumpulan mereka dilengkapi sepanduk yang indah dan bendera rumah masing-masing .Mereka lengkap dengan memakai pakaian sukan .
Bacaan Ikrar dan Doa dilakukan oleh Adik Adnin Khariah bt. Hj Mohd Asre , beliau adalah pelajar 6 tahun . Adik Adnin dengan penuh semangat dan lantang membaca ikrar telah memecah keheningan pagi dan dengan pertolongan Allah swt telah membawa awan hujan ketempat lain , langit menjadi cerah dan ceria .
Pengarah Program Hj.Mohd Asre b. Hj.Jusoh telah memulakan program dengan memberi ucapan alu-aluan dan mengucap ribuan terima kasih kepada semua ibubapa yang hadir , semua petugas-petugas dan penyumbang dermawan .

Rabu, 22 Julai 2009
GERHANA MATAHARI

Isnin, 20 Julai 2009
MAKAN DURIAN DI TAMAN PAUH

PERMATANG PAUH, 19 July :- Isu mengenai kehilangan nyawa Teoh Beng Hock adalah bukan isu agama, bangsa dan mana-mana parti politik, ia melangkaui segalanya kerana melibat suatu keadilan kepada nyawa manusia yang menjadi anugerah Allah SWThilang secara misteri. Kerana itu gelombang untuk menunjukkan rasa tidak puas hari walaupun tidak sehebat rakyat Indonesia berdemonstrasi dalam isu fitnah Manohara kepada kerabat Raja Kelantan, namun ia mestilah tersus digerakkan. Demikian antara ucapan ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim semasa merasmikan Karnival Makan Durian diPadang Permainan Kanak-kanak Taman Pauh Indah disini. Karnival yang julung-julung kali diadakan itu sepatutnya dirasmikan oleh AJK PAS Pusat, Tn. Hj. Mohd Sabu, namun kerana beliau mempunyai urusan lebih penting di luar negara tempatnya diganti oleh Ketua Penerangan PAS Perak itu. Acara yang mendapat sambutan luarbiasa itu adalah anjuran PAS Kawasan Permatang Pauh dengan kerjasama PAS Cawangan Taman Pauh Indah dan Pasti taman yang sama. Setiap peserta yang ingin merasa buah durian berserta beberapa jenis buah-buahan seperti manggis dan rambutan cuma perlu membeli kupon berharga RM 5 sahaja dan mereka boleh memakan secara berkeluarga dengan bayaran semurah itu.
Selasa, 14 Julai 2009
FAKTOR KEKALAHAN PAS DI MANIK URAI
PAS sebenarnya kalah di Manek Urai…
1. Kalah dari segi janji-janji pembangunan
2. Kalah dari segi taraf akademik calon
3. Kalah dari segi curahan wang ringgit secara tunai
4. Kalah dari segi sokongan media cetak dan elektronik
5. Kalah dari segi sokongan agensi kerajaan
6. Kalah dari segi bilangan undi yang merosot
7. Kalah dari segi kemudahan jentera pilihanraya Walaupun PAS memang dengan 65 undi, sewajarnya PAS membuat satu post-mortem (muhasabah) dan kajian mendalam dalam mencari punca kalahnya PAS di Manek Urai dalam keadaan situasi UMNO/BN yang telah goyah. PAS sepatutnya boleh menang dengan selesa, namun beberapa tindakan pimpinan yang bertelagah sesama sendiri yang telah dibuka pekungnya oleh media cetak dan elektronik secara tidak langsung berjaya di”embedded”kan kedalam otak para pengundi. Pakatan Rakyat (PR) sepatutnya pada masa ini dalam proses pembersihan organisasinya dan meneruskan kerja keras untuk menunaikan semua janji-janji sebelum PRU12 dahulu. Ketiga-tiga komponen dalam PR (PAS, DAP dan PKR) perlu bergerak seiring dan tidak bertelagah sesama sendiri. Ujudkan satu mekanisma untuk menyaring semua maklumat dan satu jawatankuasa umum yang memantau semua perjalanan negeri-negeri yang ditadbir oleh PR. Ini penting demi untuk kelangsungan Pakatan Rakyat dan bagaimana ianya memberikan contoh terbaik demi mencorakkan pentadbiran yang telus, cekap dan amanah. Isu-isu seperti kes pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya dan isu perumahan di Kampung Buah Pala sepatutnya ditangani dengan baik oleh jawatankuasa umum sebelum ianya dijadikan bahan peluru oleh media massa milik UMNO/BN untuk menyerang Pakatan Rakyat. Banyak lagi sebenarnya isu-isu yang sepatutnya dibawa kepada perhatian jawatankuasa khas Pakatan Rakyat (JKPR) untuk disiasat dan diselesaikan mengikut lunas-lunas undang-undang yang sepatutnya tanpa perlu mendapat liputan luas oleh media yang sebenarnya cuba untuk melaga-lagakan dan memerangkap PR. ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat sewajarnya digalakkan kurang memberikan komentar secara terbuka kepada mana-mana media cetak dan elektronik demi untuk mengelakkan disalah takrifkan atau disalah tafsirkan untuk kepentingan media tersebut. Adalah lebih baik sekiranya ditetapkan bahawasanya hanya jurucakap JKPR sahaja yang dibenarkan untuk memberikan komentar dan ulasan. Kepada Pimpinan Pakatan Rakyat, saya menyeru agar anda dengan segera menubuhkan JKPR ini demi untuk menyelamatkan Pakatan Rakyat daripada dipecah belahkan oleh media milik UMNO/BN dan sekutunya.

Isnin, 13 Julai 2009
SEDIN DAN SAYU MENINGGALKAN MANIK URAI

Manik Urai 13hb. Julai 2009 .
Rombongan Petugas-petugas Pas Cawangan Bandar Perda ke Manik Urai berakhir . Sedih dan sayu menyelubungi semua petugas-petugas . Walaupun tugasan kami disana cuma 4 hari , kami rasakan kehadiran kami di MU cukup-cukup bermakna . Bukanlah sepanjang kami disana buat kempen tak berhenti , namun setiap tugas yang diberikan contoh :-
1.Cekna bersama pengundi , dapat bercerita dan bersembang dengan mereka . Ambil info terkini dan dibawa balik kepada markas Pulau Pinang . Us Khalid lah sasaran kami untuk diberi maklumat .
2. Kami pergi bertugas menyiapkan sebuah rumah yang baru dibina . Pada hari itulah yang tak biasa plaster dinding rumah pun belajar plaster . Alhamdulilah dapat kami buat juga . Pada hari yang sama walaupun puasa sunat yang diarahkan oleh Pimpinan , Petugas dari Perda dan Pemuda Bayan Baru tetap buat kerja ( boroh kasar ) begitu Jihad sekali .
3. Syabas Pemuda Bayan Baru , walaupun baru kenal dengan mereka kemeseraan sudah terjaling , inilah dinamakan Ukwah ( Persaudaraan Islam ). Banyak perkara ana belajar daripada mereka . Pemuda-pemuda itu bukannya calang-calang orang Pegawai , Jurutra dan Pengurus Syarikat .
4. Sepanjang disana Us Khalid dan tukang masaklah yang paling akrab dengan kami . Us Khalid banyak memberi tazkirah di Surau , di Markas dan di dapor . Kalau diikutkan Us Khalid tak bagi kami balik lagi . Nak buat macam mana kami kena kerja . Tukang masak , kami kena baik sebab nanti mis soro . Apapun tukang masaklah orang terpenting . Dia melayan kami macam anak-anak beliau sendiri . Apa pun makan tak berhenti . Balik lagi gemok .
Akhir sekali setiap yang berusaha berkehandak kejayaan , namun apa yang pasti Allah lebih mengatahui apa yang kita hajati . MU kami doakan mendapat kemenangan kepada Calon Abg Ugi . Kepada Petugas-petugas Pas Cawangan Bandar Perda ana mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada semua , kerana kita yang pergi itu adalah Jihad masing-masing , tinggal anak isteri , kewangan , masa dan cuti kerja . Ana harap jika ada PRK lain kita tidak akan serik .
Ahad, 12 Julai 2009
Sabtu, 11 Julai 2009
CACATAN PAS CAWANGAN BANDAR PERDA -MANIK URAI

10 Julai 2009 Jumaat , Pas Cawangan Bandar Perda dalam akspidisi ke PRK Manik Urai Kelantan . Pada Jam 10.30malam doa dibaca oleh Us Khairullah Imam Masjid Daerah SPT Bandar Perda , supaya selamat dalam perjalanan dan kerjabuat Pilihanraya .
Seramai 8 orang yang telah berjihad yang telah mewakafkan diri untuk bersama-sama demi arahan pimpinan . Hj Mohd Asre , Saad Yob , Azmi , Samsudin , Hj Yahya , Ali Akbar , Tarmizi & Rosli

pada jam 12.30 malam
Pak Ali sedang menikmati makan malam .
Tuan Hj Yahya pun makan mee rebus malam-malam .
Khamis, 9 Julai 2009
PESANAN TOK GURU UNTUK - PRK MANIK URAI

KUALA LUMPUR, 9 Julai: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mengarahkan agar semua ahli dan penyokong PAS serta semua mereka yang bersimpati dengan perjuangan Islam melakukan puasa sunat pada hari Ahad 12 Julai ini.Pada malamnya, mereka diminta bermunajat untuk memohon kepada Allah agar diberikan kemenangan yang cemerlang kepada calon PAS Mohd Fauzi Abdullah dalam pilihan raya kecil Manek Urai 14 Julai nanti.Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAShari ini.
Isnin, 6 Julai 2009
Ahad, 5 Julai 2009
INI PELAJAR PASTI NURUL ILMI LAGI YANG CEMERLANG
Lina Khalida Bt Madri Salleh
Mendapat cemerlang dalam Bahasa Arab
Beliau adalah bekas pelajar Pasti Bandar Perda
HJ.MOHD ASRE BIN HJ JUSOH – PENGURUS PASTI NURUL ILMI BANDAR PERDA
ANAK BELIAU ANIS NAJIHA TAHUN 4B CEMERLANG DALAM BAHASA ARAB SEK.BANDAR BAHARU PERDA .
BEKAS PELAJAR PASTI NURUL ILMI , BANDAR PERDA .
Mohamad Ammar b.Mohd Izhar tahun2 cekal telah mendapat 86.14% telah mendapat tempat ke dua dalam kelas .
Mohamad Ammar tinggal di Blok E pangsapuri Permata Bandar Perda .
Mohamad Ammar adalah bekas Pasti Nurul Ilmi , Bandar Perda .
Mohd Izhar memberitahu bahawa bermula dari Pasti adalah satu permulaan Pra sekolah yang baik .
Langgan:
Catatan (Atom)