JOM USRAH

JOM USRAH

Islamic Clock

Ana Muslim

Masih Kah Kau Ingat

Waktu Solat

Ahlan Wa Sahlan

Rabu, 23 Disember 2009

DI ANTARA KEPUTUSAN , HARAPAN DAN TINDAKAN DARIPADA HASIL PERJUMPAAN DENGAN MPSP

Tindakan dari mangsa Isu roboh parking

1. Cara berobohan dipertikai tidak diberi surat biru , surat merah dll

2. Mereka bercadang akan mengambil tindakan undang-undang.

3.Menurut Yd Datok Ariff Shah dalam Sidang Dun ada dibangkit masalah Parking . Ia harus diberi hak kepada Penduduk . Pihak PBT harus menyediakan secukupnya .Walaupun tekena kawasan hijau .

4. Pihak Penduduk Blok J memohon jasa baik pihak MPSP memberi pampasan yang setimpal dan memberi kelulusan mencari tapak lain mengantikan tempat tersebut .

Hj Asre walau pun tidak berhujah macam guruh dilangit tetapi beliau dok himpun fakta untuk dimuatkan dalam blog . Lagi berbisa .

YB Datuk Ariff Shah mengharapkan Isu ini dapat mempopularkan Imej beliau kembali apa bila tugas-tugas beliau dan peruntukan yang tidak cukup telah dipertikaikan oleh Ketua UMNO Cawangan Permatang Batu En. Zakaria b Awang dan ahli-ahli UMNOnya tempoh hari 10/12/09 yang disiarkan dalam sinar . YB macam mana ahli YB telah durhaka kepada YB . Saya masih sahabat .

Sebelah saya adalah Pak Non iaitu S/u politik DASAI kami duduk dalam satu pakatan yang dinamakan PAKATAN RAKYAAT

Wahai sahabat-sahabat dalam pakatan kita kena ingat di Bandar Perda adalah satu-satunya anak emas BM ( UMNO ) .Dalam isu ini saya sebagai orang yang berada dalam akar umbi sudah berbunyi suara-suara yang tak sedap didengar . Dalam PRU 12 yang lalu kami jaga markaz PR , buat kerja tampal poster , naik bendera , rayu undi dll . Inikah balasan hangpa kepada kami ? macam mana saya nak jawab bagi pihak PR . Hangpa naik bukan kami boleh tumpang sekaki rupanya tak boleh tumpang langsung .

Sahabat-sahabat PRU 13 akan menyusul tiba , siapakah yang akan kita harapkan untuk bertugas dan mengundi untuk memenangkan Parti kita . Walaupun Dun Seberang Jaya kita kalah ,adakah kita tak bercita-cita untuk menang dalam PRU 13 .Tentu tidak oleh itu cubalah kita buat sesuatu untuk kita memperbetulkan tanggapan masyarakat negitif terhadap kerjabuat kita semasa kita memerintah .

Siru Ala barakatiLLAH jangan terlepas pandang

KAMI BERCAKAP KENA KAWAL EMOSI HAMPA BERTINDAK IKUT APA ?

Ini Sahidan bukan Sahidan Kasim , dia dok perembang apa pulak ,cakap dok pun , kalau di blok laguni lah lagu tu lah , mai sini sepi tampa berita .Jaguh kampung ka abang Dan .

Ini Fadzil Ketua Penerangan Pas Cawangan Bandar Perda , itu lah pasai aku panggil dia mai . Fadzil dok teliang kepala pasai apa ? memang ada gaya memimpin satu hari nanti .

Ini Nasir , dia ini ketua Cawangan UMNO Perda ,dia pun ambil cuti juga pasai masyarakat . ada udang disebalik mee ka ? Pasai YB Afiff mai kot .

Ini antara yang bermesyuarat , Johari Kasim mempertahankan tindakan MPSP meroboh kan Tempat Parking . Alasan kawasan Hijau ,kepentingan umum , komplen penduduk lah 2000 orang kena ambil bukan 16 orang sahaja Kita bincang pasai 16 orang yang terlibat dia dok tanya ada lagi blok-blok lain yang buat tampa kebenaran MPSP . Tak tau nanti yang blok lain pun nak kena roboh pula kot ? Jo hang pikiak sama kita ni orang melayu Islam , dekat hampalah kami nak bergantung harap , jangan dok pandang mim saja ca pun kena sama . Tengok BM , Raja Uda , Chai Leng Park .

Ini Khairuddin Bekas Pengerusi Persatuan Penduduk , dok cerita apa , aku pun tak faham nak selesai masalah 16 orang . Dok cerita zaman hang jebat pula . Tapi tak apa demi masyarakat hang pun cuti , wa tabit sama lu ? Dia ni jadi jurucakap kepada blok J . cakap sampai tak mau berenti . Blok J dok nak buat sangat kerana bila orang mai makan di astaka MPSP pengunggung telah ambil tapak parking blok J,F,E dan sewaktu dengannya .Kami ini beli rumah sini , duduk sini tapi tempat parking terpaksa berkongsi dengan pelanggan penjaja , adakah patut ? kami buat atas rumput hampa roboh tampa berbincang . Kalau hampa dok tempat kami apa hanpa akan rasa . Memang lah hampa cakap pasai undang-undang .

KAMI MENERJAH KE MPSP BANDAR PERDA- DEMI PENDUDUK

Pas mengambil sikap membantu dan memberi sokongan moral kepada mereka yang terinaya dalam perobohan Parking Berbumbung dalam apa juga lengkongan batas kemampuan Pas itu sendiri .Kita bersedia menjadi penghubung diantara pihak MPSP dengan penduduk melalui JKKKN yang ada wakil Pas yang dilantik .

Jam pukul 10.00 pagi kami sampai di depan Bangunan MPSP , waktu seperti yang dijanjikan oleh Wakil Blok J kepada Ahli Majlis Amir Ghazali . Malangnya beliau pun tak tahu pada hari ini ada perjumpaan dengan Penduduk Blok J dan wakil-wakil masyarakat , Wakil Pas ( Hj Asre dan rakan-rakan ) Wakil UMNO ( YB Datok Ariff Shah dan rakan-rakan ) Wakil PKR ( Pak Non dan rakan-rakan )

Sapa tak kenal Ahli Majlis - Johari Kassim , beliau mewakili MPSP mendengar kelohan dan rintihan daripada rakan-rakan Blok J yang terinaya dalam isu runtuhan tempat Parking kereta berbumbung .

Ini dia pegawai yang melayan kami , mereka kata tak dapat surat la ? , kepada siapa surat itu dihantar la ? semua buat macam tak tau saja . Semua pegawai nak lepas tangan . Pada masa yang sama apa bila datang Ahli Majlis Amir barulah surat daripada kami yang hantar 3 hari baru diberikan kepada nya . Inilah sikap pegawai-pegawai MPSP yang buat kerja yang paling cekap dalam dunia .

Amir baru saja membuka surat itu dan baru tahu isi kandungnya .Ni macam mana dengan Imej Pakatan Rakyat . Alhamdulilah kami diberi peluang untuk berbincang di dalam bilik Mesyuarat , kalau tidak pakat ngagalah kami semua .

Kami yang datang pada hari ini kesemuanya ambil cuti , korban demi masyarakat termasuk aku la ? Kalau tak pekeras betul-betul pakai balik ngiang macam saja .
Namun dapat bersemuka juga dengan ke semua pihak MPSP .

Sabtu, 19 Disember 2009

SEMINAR PENGURUSAN & IJTIMAK GURU PASTI PULAU PINANG

Seminar Pengurusan & Ijtimak Guru Pasti . Pasti Nurul Ilmi Bandar Perda telah menghantar tiga orang Guru dan dua orang Pihak Pengurusan ( Hj Mohd Asre- Pengurus dan Samsudin Said Timbalan Pengurus )

Sebahagian Barisan Exco Pasti Negeri

Pengarah Pasti Negeri Saudara Asri b Harun menyampaikan Ucapan Alu-aluan kepada yang hadir

Seminar ini dipengurusikan Oleh Cikgu Yasrizam b Yaakob (Timbalan Pengarah1 )

Pembentang kertas kerja 1 disampaikan oleh Cikgu Abdul Kadir Dewa
( Timbalan Ketua Pengarah Pasti Malaysia )
Kertas kerja Pengurusan dan Pentadbiran - duduk ditengah

Pembentang kertas kerja 2 disampaikan oleh Cikgu Hj Rosli bin Shuhaime
Setiausaha Pasti Pusat
Kertas kerja Pengurusan Kewangan - duduk sebelah kiri

SINAR PUNYA STATEMENT





Kesal tindakan MPSP roboh parkir

BANDAR PERDA – Sebilangan penduduk yang tinggal di Blok J, Pangsapuri Permata, di sini, kesal dengan tindakan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) merobohkan tapak parkir berbumbung yang dibina menggunakan wang kutipan penduduk dan juga satu gerai menjual barangan basah bersebelahan parkir itu.

Wakil penduduk, Abdul Karim Salleh, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi Khamis lalu apabila satu jentera MPSP tiba bersama beberapa kakitangannya lalu merobohkan 16 lot parkir yang sehingga kini siap 80 peratus.

Menurutnya, perkara itu diketahui selepas dimaklumkan anaknya kerana ketika jentera tiba, beliau berada di Masjid Bandar Perda yang terletak berhampiran kawasan perumahannya.

“Kami bina lot parkir ini menggunakan duit kami sendiri. Sebanyak RM16,000 dikutip daripada 16 orang yang bersetuju untuk menggunakan parkir berbumbung ini. Ia juga hampir siap, bumbung semua dah pasang. Hanya tinggal nak buat tapak saja.

“Kami terkejut dengan tindakan tersebut kerana sebelum ini tiada sebarang notis dikeluarkan untuk merobohkan parkir ini. Lagipun, kami ada membuat permohonan kepada MPSP pada 8 Disember lalu, namun, tiada jawapan diberikan.

Selain itu, kami juga memohon membina parkir dengan pihak pemaju Aseania, dan mereka memberikan kebenaran. Lagipun semua pengurusan kini diambil alih oleh MPSP. Oleh sebab itu, bila MPSP tak bagi jawapan, kami teruskan juga membina parkir ini memandangkan parkir sedia ada tidak mencukupi untuk menampang jumlah kenderaan di kawasan perumahan ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, kelmarin.

Justeru, beliau dan 15 penduduk lain yang terlibat ingin menuntut ganti rugi dan penjelasan dari pihak MPSP berhubung tindakan mereka itu.

Dalam pada itu, sebuah gerai menjual barangan basah yang terletak bersebelahan parkir itu turut dirobohkan dalam kejadian sama.

Pemiliknya, Mohd Helmi Abu Bakar, 34, berkata, dia amat kesal dengan tindakan MPSP merobohkan gerai miliknya kerana mereka dilihat mengambil tindakan itu dalam keadaan tergesa-gesa, tanpa sempat untuknya memindahkan barang-barang yang masih tertinggal di dalam kedai.

Menurutnya, memang beliau ada menerima notis pertama daripada MPSP kira-kira empat bulan lalu, memintanya untuk mengosongkan premis perniagaannya itu. Pun begitu, beliau ada memohon kepada MPSP melalui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan agar melanjutkan tempoh notis berkenaan hingga bulan Januari. Ini kerana, dalam tempoh tersebut beliau akan mencari tapak baru untuk berniaga.

“Notis kedua saya terima pada 15 Disember 2009 lalu. Saya tak perasan sebab notis tu ditampal di gerai, bukan diserahkan sendiri kepada saya. Kira-kira jam 11 malam baru saya perasan bila saya ke kedai. Jadi, saya tak sempat nak berbuat apa-apa mahupun merujuk perkara itu dengan MPSP sebab dah malam.

“Dan, pagi ini (kelmarin) mereka datang roboh gerai saya. Saya berniaga di situ secara sah. Saya ada memohon lesen untuk berniaga di situ, dan saya juga membayar sewa tapak sebanyak RM 30 sebulan kepada MPSP. Cuma baru empat bulan lepas saya membesarkan sikit gerai saya tu.

Mohd Helmi berkata, jumlah kerugian yang dialami akibat kejadian itu dianggarkan bernilai RM16,000.

Apa pun, beliau berharap agar MPSP dapat memberikan notis terus kepada pemilik agar pemilik lebih bersedia pada masa akan datang, bukannya dengan cara melekatkan notis itu di premis perniagaan.

Sementara itu, ADUN Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah ketika melawat tapak kejadian mencadangkan kepada MPSP supaya mengubah cara merobohkan sesebuah premis perniagaan mahu pun tapak pembinaan itu secara lebih efisien.

Menurutnya, dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, ada dalam kalangan penduduk yang sanggup berjimat sehingga terpaksa mengehadkan bajet keluarga semata-mata mahu mengumpulkan wang untuk membina tapak parkir itu.

“Tak kisah kalau mereka nak runtuhkan premis, tapi berilah notis dahulu. Wakil-wakil rakyat dari Pakatan Rakyat (PR) kalau boleh turunlah padang untuk membantu serta mendengar keluhan rakyat.

“Saya rasa kesal dengan cara MPSP merobohkan parkir dan gerai ini, kerana rata-rata penduduknya adalah orang Melayu. MPSP sepatutnya membantu penduduk, bukannya menyusahkan lagi mereka. Lagipun, untuk gerai ini tempoh lanjutan diminta sehingga Januari, sekarang dah bulan Disember, seharusnya mereka bertolak ansur,” katanya.

Dalam perkembangan sama, wakil dari Pas turut meluahkan rasa simpati di atas kejadian yang berlaku.

Ketua Pas Cawangan Bandar Perda, Mohd Asre Jusoh, ketika menghubungi Sinar Harian berkata, MPSP seharusnya mengambil pendekatan dengan berbincang terlebih dahulu bersama penduduk sebelum sebarang tindakan diambil.

“Saya rasa perbincangan itu adalah jalan terbaik sebelum melaksanakan sesuatu tindakan. Saya bersimpati dengan penduduk yang terlibat dan berharap pengajaran dapat diambil dari insiden tersebut,” katanya.

Jumaat, 18 Disember 2009

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH

Salam .. Du`at sekelian..

Saya mengambil kesempatan , melalui laman yang tak seberapa ini untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU MA`AL HIJRAH 1431, .. Semoga kita semua beroleh rahmat dan `Inayah sentiasa daripada Allah `Azzawajalla..

Pabila datang tahun baru hijrah... ia mengingatkan kita semua.. umur semakin bartambah.. muda menjadi tua.. kubur semakin menghampiri.. sakit senantiasa.. dekat dengan mati.. bacaan doa akhir tahun dan awal tahun baru.. puasa sunat awal tahun dan awal bulan.. sambutan program ma`al hijrah.. ceramah ma`al hijrah.. terkenang hijrah nabi saw..

Teringat sirah pengorbanan Nabi saw... bagaimana Mus`ab bin `Umair memimpin mereka yang telah berada di Madinah dengan iman yang mantap dan menerima kedatangan nabi saw.. bagaimana pengorbanan Ali ra..sanggup tidur di atas katil nabi..

Pabila datang tahun baru hijrah.. ia mengingatkan kita mengenai pengorbanan manusia.. gerak kerja secara Jamaie.. dakwah ilallah.. persaudaraan Islam.. perpaduan Ummah.. pengorbanan Ansar dan Muhajirin.. kaya menjadi miskin.. mewah tinggal sebatang kara.. materialistik tiada punya harga di atas dunia..

Ia juga mengingatkan kita semua mengenai azam dan cita-cita baru 1431 H.. Apa kata azam dan cita-cita kita untuk tahun ini ialah.. AKU NAK MATI DALAM ISLAM ....

Wassalam..

Khamis, 17 Disember 2009

MPSP TIDAK MESRA RAKYAAT -MENGANAS DI PANGSAPURI PERMATA

Abdul Karim dan Abdul Rashid memberi keterangan kepada pemberita Siasah

Tempat parking berbumbung di hadapan belok J menyembah bumi ankara rakus MPSP dengan kerugian anggaran RM 16000.00

Tak sempat memasukkan kereta , bekho yang datang merempoh dengan arahan pihak atasan MPSP

Dengan sedih dan sayu Karim dan Rashid melihat tempat parking mereka menyembah bumi .Karim memaklumkan pihak MPSP tidak memberi sebarang notis untuk meroboh tempat parking mereka . Karim menyatakan dimana perginya keadilan oleh pihak MPSP dibawah Pakatan Rakyaat.

Karim dan Rashid menyatakan seramai 16 orang yang kepunyaan tempat Parking Berbumbung . Seorang terpaksa mengeluarkan sebanyak hampir RM 1000.00


Isnin, 14 Disember 2009

MALAM CITRAWARA - KESENIAN ISLAM


PERMATANG PAUH, 14 Dis: Keaktifan dua bekas anggota kumpulan rock tanahair penghujung 90 an Melissa dan Samudera menyampaikan dakwah menerusi lagu Islam wajar dihargai kerana cara tersebut boleh membantu meningkatkan kefahaman Islam di kalangan golongan muda.

Bagi Vokalis Melissa yang terkenal dengan lagu 'Cinta Untuk Nabila', Mohd Rodzi Abdul Hamid dan bekas gitaris kumpulan Samudera, Syed Anuar Syed Yusof yang top dengan lagu 'Salam Sejahtera' kini boleh terus berbangga.

Ini kerana, kalau dulunya mereka menjadi idola remaja yang tergilakan muzik slow rock, kini bertekad akan membawa lagu-lagu berunsur nasihat pula semata-mata ingin melihat perubahan pada masyarakat.

Ini kerana diri mereka pernah disanjung setinggi langit dan tahu betapa agungnya di saat itu namun kini semuanya telah berubah kerana ingin mencari kelainan setelah menyedari kekosongan pada diri sendiri.

Kegelisahan jiwa terutamanya, menjadi kusut walaupun di saat-saat kegemilangan dan hanya dapat menemui titik ketenangan bila berhasrat meninggalkan terus lapangan yang diminati sejak kecil.

Maklumlah kata mereka, zaman itu pergilah ke mana sahaja samada pesta, karnival, konsert dan sebagainya pasti mendapat pujian, tambahan lagi di kelilingi peminat wanita.

"Dulu saya pernah di atas mendapat sanjungan ramai tapi kini saya terus berbangga walaupun tidak lagi sehebat dulu. Sekarang ini terdapat ketenangan yang tidak ada pada zaman muda," ujarnya sebelum mendendangkan lagi top Melissa 'Cinta Untuk Nabila'.

"Saya pula walaupun tidak menjadi penyanyi utama Samudera dan hanya pemain gitar utama turut terasa bahang kemasyhuran apabila gambar sering terpampang di dada akhbar. Namun itu hanya sementara dan sekarang jiwa saya benar-benar tenang, " jelasnya yang kini berhasrat mahu muncul dengan Samudera semula tetapi berlainan imej dan penyampaian jika usahanya perbincangan dengan syarikat rakaman membuahkan hasil.


Penonton walaupun tidak seramai malam konsert rock tetapi kehadiran mereka benar-benar membuktikan kesungguhan untuk memberi semangat baru kepada dua bekas anggota rock berkenaan setelah kembali dengan imej baru di mana Radzi nampak macam ala kumpulan Al-Arqam manakala Syed Anuar macam ala Jemaah Tabligh.


Semalam mereka mengadakan persembahan sempena Malam Kesenian dan Kebudayaan Islam di Dataran Pusat Bimbingan Islam Darul Huda, Bandar Perda, Bukit Mertajam.

Selain menjemput artis yang terkenal dengan irama rock, kumpulan Nasyid sebaris dengan Raihan, Hijjaz dan Rabbani iaitu Kumpulan Rusdan turut mengadakan persembahan pertama setelah tidak bersama 11 tahun lalu.

Turut disajikan dalam program tersebut ialah bacaan sajak, bercerita dalam Bahasa Mandarin dan pantomen bertajuk 'Tidak hargai jasa bapa'.

Ahad, 13 Disember 2009

UTUSAN RAJA SEHARI- US ILIAS DAN NOR AIN

US ILIAS ABDULLAH BERSAMA ISTERI YANG TERCINTA NOR AIN

KAK MAH DAN KAMARIAH ADALAH PETUGAS PAS DI RUMAH KENDURI

US TAJUDDIN ADALAH ORANG PALING PENTING DAN BOLEH BUAT KERJA , WALAUPUN BELIAU ADALAH SEORANG MENANTU HJ ABDULLAH

HJ ASRE PUN NAK TEST KACAU GULAI BATANG PISANG - BALING MALI

PAK ALI AKBAR TABOK BERAS PELAN-PELAN SIKIT


WALAU APA PUN PAS CAWANGAN BANDAR PERDA MENGUCAPKAN SELAMAT PENGANTIN BAHARU KEPADA US ILIAS DAN ISTERI . KAMI DOAKAN SUPAYA DIPANJANGKAN UMUR ( UNTUK MEMBUAT KEBAIKAN ) DAN DI MURAHKAN REZEKI DAN MEMDAPAT ZURIAT YANG SOLEH

KEPUTUSAN PERLAWANAN BOLASEPAK 7 SEBELAH


Norhalim keletihan


Sahabat Taman Pauh Indah - Zahir

Fauzi Desa Cawangan Bandar Perda telah mengambil hadiah


Seramai 16 kumpulan di setiap cawangan telah menghantar pasukan masing-masing . Keputusan perlawanan Bolasepak 7 sebelah ialah Johan jatuh kepada Samagagah FC mewakilai Pas Cawangan Samagagah , menerima sebiji bolasepak ,duit RM 300.00 dan baju sukan . Manakala Naib Johan jatuh kepada
Seberang Jaya FC , hadiahnya wangtunai RM 200.00 , baju sukan dan bola sepak .


PERTANDINGAN BOLA SEPAK 7 SEBELAH - PAS KAWASAN PERMATANG PAUH

PERTANDINGAN BOLA SEPAK 7 SEBELAH

DI MEJA URUSETIA - JAMSARI SAMAD

PARA PENGADIL YANG DI TUGASKAN

US TAQIYUDEEN HAMZAH - PERASMIAN PROGRAM

BARISAN PEMAIN BANDAR PERDA

Isnin, 7 Disember 2009

MAJLIS JAMUAN AIDIL ADHA -PAS KAWASAN PTG PAUH

US MAT TOLIBAN DAN ANAK

US RIDZUAN

SAHABAT TAMAN PAUH INDAH

HUSNI DAN SUIB

US ZAKARIA HAMZAH

US BADRUL ABD RAHMAN & HJ ASRE

SANUSI & CIKGU HJ RAHIM

EN. KHALID

TUAN HJ MOKHTAR TAJRI

MANSOR CHE DAN & ABG MEE

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails