JOM USRAH
Islamic Clock
Ana Muslim
Waktu Solat
Rabu, 23 September 2009
Amalan Ziarah Rakan Taulan - Mengeratkan lagi Silaturahim
Hj Mohd Asre telah pergi menzairahi karibnya iaitu Azhar b Othman
Hj Mohd Asre juga telah mengunjungi sahabat lamanya yang sekarang menetap di Pahang . Saudara Nazri b Ismail
Solat Sunat Aidil Fitri 2009
Tuan Imam Surau Permatang Batu , Tuan Hj Mustafa sedang bertakbir sebelum solat sunat
Pengerusi Surau Permatang Batu Tuan Hj Haron Hj Ahmad juga sama-sama bertakbir
Tuan Tarmizi Jusoh ( Peguam ) menjadi Khatib Solat Sunat Aidil Fitri pada hari itu
Para Jemaah sedang khusuk mendengar kutbah Aidil Fitri
Di kesempatan Aidil Fitri Hjh Salmah Dan Hj Zainab bersalaman dengan penuh sahdu
Jumaat, 18 September 2009
Ahad, 13 September 2009
Selasa, 8 September 2009
KEMPEN TUTUP AURAT - DI BAZAR RAMADAN DI MASJID BANDAR PERDA
Sabtu, 5 September 2009
Pasar Ramadhan Masjid Perda Masih di Takok Yang Lama
Us Azmi adalah orang bertanggungjawab sepenuhnya berhubung dengan Aktiviti di Masjid Daerah SPT , Bandar Perda . Banyak cadangan dan pembaruan yang telah dan akan dibuat diMasjid Perda .
Antara perbaruan yang telah dibuat ialah menstruktorkan program dalam bulan Ramadhan . Beliau telah menglibatkan semua ketua-ketua dan wakil blok dalam sepanjang program Ramadhan . Banyak program semuanya dibayar seperti bilal , siak , tadarus dan lain-lain dibayar , dengan ertikata lain buat kerja dapat duit .
Ada bunyi-bunyi belakang menyatakan yang menjadi kepala urus cetring majlis berbuka puasa di Masjid pun sebelum ini tidak pernah datang ke Masjid . Us pilih - pilihlah sama nak bagi makan orang berbuka jangan tangkap muat sahaja .
Dalam usaha-usaha Us. nak memakmurkan masjid dan usaha Amar Makruf nahi mungkar , tolong jangan terlepas pandang dengan masalah ini . Pasar Ramadhan adalah satu-satu sumber ekonomi Masjid yang kuat , tapi jangan dok fikir duit sahaja yang lain kita abaikan . Lihat gambar dibawah , antara ratusan gambar yang kita ambil di dalam masjid .
Sebelum ini saya terdengar akan berlaku pembaruan berhubung dengan Tutup Aurat orang yang datang ke Pasar Ramadhan . Apa pembaruan setakat ini tidak nampak pun . Memang kita tidak boleh kawal orang datang dalam bentuk yang begini . Tetapi apakah yang kita buat berhubung dengan masalah ini . Tak bolehkah mereka yang dibayar gaji itu suruh bagi risalah berhubung pentingnya tutup aurat kepada pengunjung yang datang . Kalau itu dijalankan baru ada sedikit pembaruan . Ataupun pasang ceramah kuat-kuat berhubung dengan tutup Aurat . Ini baru kita berdakwah .
Apapun Us kalau nak bercakap memang senang , tetapi perlaksanaannya amat sukar . Lantiklah AJK Masjid orang benar-benar kanal masjid . Seorang AJK dok jual tembakau tepi Pasaraya Lai-lai dan seorang lagi memang tidak pernah mai masjid sebelum ini .
Adakah orang yang melantik mereka ini adalah terdiri daripada orang tidak ada mata dan tidak ada iman . Ramai lagi orang ada dalam masjid kenapakah mereka ini yang dilantik .
Us kita dengan makhluk ciptaan Allah swt macam mana pun tidak ada kesan didunia ini tetapi bagaimana kita akan jawab dengan Allah taala . Fikir-fikitlah Us wa memang sahabat lu kalau mau kita tolong sama lu Us , call sama kita Us .