JOM USRAH

JOM USRAH

Islamic Clock

Ana Muslim

Masih Kah Kau Ingat

Waktu Solat

Ahlan Wa Sahlan

Selasa, 23 Jun 2009

SAFF KEPIMPINAN PAS P.PINANG 2009-2011

Saf kepimpinan PAS P.Pinang 2009-2011

PULAU PINANG, 23 Jun : - Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man berharap perlantikan Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri sessi 2009-2011 semalam dapat mengali kemenangan pada pilihanraya umum akan datang.Kemenangan bagi PAS di negeri ini amat penting kerana satu kerusi yang di menangi oleh bekas Pesuruhjaya PAS Negeri, Mohd Hamdan Abdul Rahman di Dewan Undangan Negeri (Dun) Permatang Pasir tidak mencukupi.
"Kita perlukan kepimpinan yang dapat mengali kemenangan pada pilihanraya umum akan datang.Jadi, semuanya harus menyasarkan program ke arah itu di samping turun padang selalu, " kata Ustaz Saleh ketika dihubungi selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan di Pejabat PAS Negeri di Pongsu Seribu, Kepala Batas.Menurut beliau antara mereka yang dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya ialah Dr Mujahid Yusuf Rawa, Haji Mohamad Sabu dan seorang tokoh muda, Rosidi Hussain.Jawatan Setiausaha Perhubungan dikekalkan kepada Fazhil Kemi manakala Ustaz Taqiudin Hamzah diamanahkan sebagai Bendahari dan Ketua Penerangan PAS Negeri diserahkan pada bekas Setiausaha PAS Kawasan Kepala Batas, Zulkiply Ishak.AJK Tambahan ialah Mohd Hamdan Abdul Rahman, Halim Kader, Rosli Hasan, Bukhari Ghazali, Jamaludin Said dan dua orang muslimat yang belum dilantik.Pada mesyuarat ke dua nanti katanya, semua lajnah akan diberikan kepada individu yang difikirkan sesuai dan mampu membawa anjakan serta perubahan terhadap PAS selari dengan perkembangan terkini.Bukan itu sahaja malahan PAS Pulau Pinang juga mahukan persahabatan dengan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan DAP diperkemaskan dalam gagasan Pakatan Rakyat."Kita mahukan kemenangan maka kesatuan tenaga antara Pakatan Rakyat akan diperkemaskan. "Rakyat akan menilai sekiranya kita bergerak bersama bukanya berpecah dan mementingkan diri sendiri, " tegasnya. Harakahdaily/-

1 ulasan:

Unknown berkata...

Salam Tn Hj..
Hebatlah Cawangan Perda ni..Gunakanlah peluang ber`blogging` ini sebagai salah satu cara atau wasilah berdakwah.. Insya Allah Islam akan `meghedap` masuk ke dalam hati seluruh manusia samada Islam mahupun bukan Islam melalui `transport` yang bernama PAS... Takbir.. Teruskan usaha baik ini...

Oleh itu saya nak minta kebenaran Tn Hj untuk ambil blog Caw Tn Hj masuk link dalam blog saya...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails