JOM USRAH

JOM USRAH

Islamic Clock

Ana Muslim

Masih Kah Kau Ingat

Waktu Solat

Ahlan Wa Sahlan

Isnin, 13 Julai 2009

SEDIN DAN SAYU MENINGGALKAN MANIK URAI









Manik Urai 13hb. Julai 2009 .

Rombongan Petugas-petugas Pas Cawangan Bandar Perda ke Manik Urai berakhir . Sedih dan sayu menyelubungi semua petugas-petugas . Walaupun tugasan kami disana cuma 4 hari , kami rasakan kehadiran kami di MU cukup-cukup bermakna . Bukanlah sepanjang kami disana buat kempen tak berhenti , namun setiap tugas yang diberikan contoh :-

1.Cekna bersama pengundi , dapat bercerita dan bersembang dengan mereka . Ambil info terkini dan dibawa balik kepada markas Pulau Pinang . Us Khalid lah sasaran kami untuk diberi maklumat .

2. Kami pergi bertugas menyiapkan sebuah rumah yang baru dibina . Pada hari itulah yang tak biasa plaster dinding rumah pun belajar plaster . Alhamdulilah dapat kami buat juga . Pada hari yang sama walaupun puasa sunat yang diarahkan oleh Pimpinan , Petugas dari Perda dan Pemuda Bayan Baru tetap buat kerja ( boroh kasar ) begitu Jihad sekali .

3. Syabas Pemuda Bayan Baru , walaupun baru kenal dengan mereka kemeseraan sudah terjaling , inilah dinamakan Ukwah ( Persaudaraan Islam ). Banyak perkara ana belajar daripada mereka . Pemuda-pemuda itu bukannya calang-calang orang Pegawai , Jurutra dan Pengurus Syarikat .

4. Sepanjang disana Us Khalid dan tukang masaklah yang paling akrab dengan kami . Us Khalid banyak memberi tazkirah di Surau , di Markas dan di dapor . Kalau diikutkan Us Khalid tak bagi kami balik lagi . Nak buat macam mana kami kena kerja . Tukang masak , kami kena baik sebab nanti mis soro . Apapun tukang masaklah orang terpenting . Dia melayan kami macam anak-anak beliau sendiri . Apa pun makan tak berhenti . Balik lagi gemok .

Akhir sekali setiap yang berusaha berkehandak kejayaan , namun apa yang pasti Allah lebih mengatahui apa yang kita hajati . MU kami doakan mendapat kemenangan kepada Calon Abg Ugi . Kepada Petugas-petugas Pas Cawangan Bandar Perda ana mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada semua , kerana kita yang pergi itu adalah Jihad masing-masing , tinggal anak isteri , kewangan , masa dan cuti kerja . Ana harap jika ada PRK lain kita tidak akan serik .




Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails