Us Azmi adalah orang bertanggungjawab sepenuhnya berhubung dengan Aktiviti di Masjid Daerah SPT , Bandar Perda . Banyak cadangan dan pembaruan yang telah dan akan dibuat diMasjid Perda .
Antara perbaruan yang telah dibuat ialah menstruktorkan program dalam bulan Ramadhan . Beliau telah menglibatkan semua ketua-ketua dan wakil blok dalam sepanjang program Ramadhan . Banyak program semuanya dibayar seperti bilal , siak , tadarus dan lain-lain dibayar , dengan ertikata lain buat kerja dapat duit .
Ada bunyi-bunyi belakang menyatakan yang menjadi kepala urus cetring majlis berbuka puasa di Masjid pun sebelum ini tidak pernah datang ke Masjid . Us pilih - pilihlah sama nak bagi makan orang berbuka jangan tangkap muat sahaja .
Dalam usaha-usaha Us. nak memakmurkan masjid dan usaha Amar Makruf nahi mungkar , tolong jangan terlepas pandang dengan masalah ini . Pasar Ramadhan adalah satu-satu sumber ekonomi Masjid yang kuat , tapi jangan dok fikir duit sahaja yang lain kita abaikan . Lihat gambar dibawah , antara ratusan gambar yang kita ambil di dalam masjid .
Sebelum ini saya terdengar akan berlaku pembaruan berhubung dengan Tutup Aurat orang yang datang ke Pasar Ramadhan . Apa pembaruan setakat ini tidak nampak pun . Memang kita tidak boleh kawal orang datang dalam bentuk yang begini . Tetapi apakah yang kita buat berhubung dengan masalah ini . Tak bolehkah mereka yang dibayar gaji itu suruh bagi risalah berhubung pentingnya tutup aurat kepada pengunjung yang datang . Kalau itu dijalankan baru ada sedikit pembaruan . Ataupun pasang ceramah kuat-kuat berhubung dengan tutup Aurat . Ini baru kita berdakwah .
Apapun Us kalau nak bercakap memang senang , tetapi perlaksanaannya amat sukar . Lantiklah AJK Masjid orang benar-benar kanal masjid . Seorang AJK dok jual tembakau tepi Pasaraya Lai-lai dan seorang lagi memang tidak pernah mai masjid sebelum ini .
Adakah orang yang melantik mereka ini adalah terdiri daripada orang tidak ada mata dan tidak ada iman . Ramai lagi orang ada dalam masjid kenapakah mereka ini yang dilantik .
Us kita dengan makhluk ciptaan Allah swt macam mana pun tidak ada kesan didunia ini tetapi bagaimana kita akan jawab dengan Allah taala . Fikir-fikitlah Us wa memang sahabat lu kalau mau kita tolong sama lu Us , call sama kita Us .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan